Serius La 22 Juta, Alien Pun Tolong Undikan Sekali Ke, Kata Wargamaya.

Penyanyi Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) yang berlangsung sebentar tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Meraih undian tertinggi sebanyak 22,332,676 undi, dia berjaya menewaskan beberapa pencabar terdekatnya untuk merangkul trofi tersebut.

Kemenangan tersebut melayakkan penyanyi berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan LEAF sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) beserta trofi.

ABPBH 33 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta disiarkan secara langsung oleh TV3 dan dibawakan oleh syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama.

Malah, buat kali pertama anugerah berprestij itu berlangsung dengan penerapan norma baharu termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Anugerah tersebut diserikan lagi dengan persembahan bertenaga Faizal Tahir, Elly Mazlein, Zizi Kirana, Syamel, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Naim Daniel, Ismail Izzani, Aina Abdul dan ramai lagi.

Berikutan jumlah undian yang diterima Haqiem mencecah 22 juta itu, ramai warganet mula mempertikaikan kesahihannya sehingga ada yang berjenaka bahawa bilangan undi yang diterimanya itu dibantu oleh alien dari planet lain.

Tambah menarik lagi kebanyakkan komen yang ditinggalkan di laman s0sial dilihat cuba mempersendakan kemenangan penyanyi muda tersebut sehingga menarik rasa lucu dikalangan pembaca.

Apa pun diharap Haqiem tidak terkesan dan mengambil hati dengan gurauan yang agak meIampau dari wargamaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *