Sembang Tak Nak Jatuh, Tindakan Khalid Jamlus Semasa Sesi Temuduga Buat Wargamaya Me|uat

Kehidupan kita boleh diibaratkan bagai roda. Hari ini mungkin boleh berada di atas namun esok belum tentu lagi. Apa yang pasti kita memerlukan perancangan dalam meniti hari tua agar tidak berdepan dengan masalah, terutama dari segi kewangan.

Kerjaya bola sepak dilihat antara yang menjadi idaman ramai berikutan gaji yang ditawarkan agak lumayan. Namun siapa sangka pemain bola sepak jugak kemungkinan tinggi berdepan saat sukar bila usia menjengah senja.

Langit tidak selalu cerah, itu lah yang dihadapi juara kasut emas 2002 iaitu Khalid Jamlus. Sejak akhir-akhir ini namanya menjadi bualan apabila dia secara sukarela membuat lelongan koleksi peribadi yang dianggap mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Antara barang peribadi yang mendapat bidaan tertinggi adalah kasut emas yang dimenanginya 18 tahun yang lalu dengan harga tertinggi sehingga hari ini RM10,500. Bidaan tersebut dilaporkan menerusi secara langsung fb beberapa hari lalu.

Berdepan dengan masalah ekonomi, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh bekas pemain bola sepak handalan ini. Namun semuanya menemui jalan buntu.

Susulan dari itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal mengambil langkah bertemu sendiri dengan pemain berkenaan bagi melihat jalan penyelesaian dan juga apa yang dapat dibantunya.

Walau bagaimanapun, yang menjadi perhatian lain para peminat adalah sikap Khalid Jamlus sendiri ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan. Peminat menyifatkan dia acuh tak acuh dan tidak professional dalam memberikan respon.

Mcm p0y0 je

Posted by ApeAjer on Thursday, 9 July 2020

Ramai yang ingin tahu penyelesaian yang diberikan Wan Ahmad Fayhsal sama ada diberikan jawatan sebagai jurulatih atau pun tidak. Namun jawapan yang diberikan seolah-olah dia memperlekeh pekerjaan sebagai tukang kebun pula.

Rata-rata warganet meminta agar pemain berkenaan membaiki attitude terlebih dahulu untuk kekal berjaya dalam kehidupan.

Kesimpulannya, mungkin itu adalah cara spontan yang mungkin dia sendiri tidak sengaja untuk merendahkan mana-mana pihak. Semoga ada sinar baru buat Khalid Jamlus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *