Pemilik Hot Burger Boleh Diambil Tindakan, Wargamaya Sepakat Tidak Setuju Dan Pertahankannya

Sejak sehari dua ini kec0h di laman sosial berkenaan kisah pemilik Hot Burger Malaysia yang mendedahkan kepincangan pihak berkuasa yang berlaku di Daerah Sungai Buloh, Selangor.

Semuanya bermula akibat rasa tidak pvas hati pemilik syarikat francais Hot Burger tersebut apabila sebuah gerai burgernya yang tidak beroperasi di siang hari di sita oleh MBSA.

Geram kerana dikatakan pihak berkuasa di Sg. Buloh melaksanakan penguatkuasaan terpilih, beliau lantas mendedahkan beberapa lokasi permis perjvdian dan gerai warga asing yang menjalankan perniagaan r0k0k haram di sekitar Kawasan Perindustrian Sungai Buloh yang dipercayai kebal dan dilindungi pihak berkuasa.

Video yang menjadi perk0ngsian hangat di laman sosial itu segera mendapat perhatian KPN, Tan Sri Hamid Bador yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jnyh tersebut.

Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan terbabit menerusi satu video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

Abdul Hamid turut menegaskan, Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga di laman s0sial.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan tempatan.

Tadi Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam sidang media tergemparnya mengatakan kertas siasatan berkaitan perkara itu akan dibuka.

Terciduk

Posted by ApeAjer on Sunday, 9 August 2020

Menurut Shafa’aton satu laporan p0lis telah dibuat oleh seorang Pegawai P0lis kerana merasakan video yang dituIarkan itu mengandungi berita tidak benar dan boleh merosakkan imej ketua P0lis Balai Sungai Buloh, Ketua P0lis Daerah Sungai Buloh, Ketua P0lis Negeri Selangor dan PDRM sendiri.

Sehubungan itu kertas siasatan dibawah seksyen 500 dan 504 KK serta seksyn 233 Akt Komunikasi dan Multimedia kerana menularkan berita tidak tepat berhubung kegiatan perjvdian di Daerah Sungai Buloh.

Pemilik akaun fb Asri Janggit yang dikenalpasti sebagai penular video tersebut akan dipanggil oleh PDRM dalam kadar segera bagi merakam keterangan berkaitan perkara itu.

Rentetan penularan tersebut, pihak P0lis telah melakukan 6 serbuan di sekitar Daerah Sungai Buloh dan mengkp 2 lelaki warga Balngladesh berserta beberapa perkakasan komputer bagi tujuan perjvdian. Namun begitu lain-lain permis didapati tidak mempunyai aktiviti perjvdian seperti yang ditularkan pengadu.

Shafa’aton juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak sesekali akan berkompromi dengan sindiket perjuadian dan penyeludpn r0k0k di Daerah Sungai Buloh sebelum beliau dilihat menyertai sekumpulan wartawan ke lokasi serbuan bagi tujuan lawatan.

Perkongsian sesi sidang media yang dilaporkan secara langsung oleh akbar Sinar Harian itu mendapat perhatian oleh wargamaya dan rata-rata tidak bersependapat dengan tindakan yang akan dikenakan kepada pemilik akaun fb yang mendedahkan kegiatan tersebut.

“Yang buat report pulak kena siasat ekk ? Aduhaii pelik2 dah ni..Yang bagi maklumat kena siasat tapi yang tuan punya business haram lepas je ?? KPN kena dan bantu la rakyat bawahan ni..”, kata Hafiz Nafiah.

“Takkan nak tangkap org yg viral..dia siap buat video lg..bkn dia cerita xdek bukti..video dia dah rakam Kan so p0lis wat la keja..xpyh sidang midea senang la tokey2 tau”, tulis Shahir Duden pula

“ini lah malaysiaku,,buat report tak jalan bila orang buat video dah vlral kena plak di siasat,,ini menakutkan orang ramai untuk mendedahkan operasi hram lagi ada laaaa”, tambah Azwadi Aboy.

Diharapkan dengan siri pendedahan ini, pihak berkuasa akan kembali tegas dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.

Ramai juga dikalangan wargamaya yang mula menyebut-yebut nama Ketua P0lis Johor, Dato Ayob Khan yang dilihat lebih tegas dan tidak memberi muka kepada pelaku aktiviti hram.

“Buat aje macam ketua p0lis Johor.. Sama2buat operasi….. Biar ada integeriti…..jangan org bawah aje yg nak buat operasi.. . Baru ada kepimpinan melalui teladan….”, kata Hj Rahmat Usop

“Ayob Khan patut jadi KPN.. Tukar SOP buat tngkapan 9 untuk pegawai rasvah, 1 untuk penjnyh… P0lis Bersih negara Aman”, tambah Eir Jat pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *