Patut Dia Ucap Terima Kasih Dan Bagi Saya Bunga, Peniaga Hot Burger Ulas Tindakan PDRM Yang Dikenakan Kepadanya

Seorang peniaga yang videonya tular dengan dakwaan bahawa terdapat aktiviti perjvdian dan perniagaan hram di Sungai Buloh kesal apabila dirinya pula dipersalahkan oleh pihak berkuasa susulan pendedahan panas itu.

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid berkata, sepatutnya selepas kegiatan hram itu dib0ngkar, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya tetapi sebaliknya pula berlaku.

“Baru sebentar tadi kita dengar Ketua P0lis Sungai Buloh dalam sidang akhbarnya bahawa P0lis membuat laporan terhadap saya dengan mengatakan bahawa saya membuat t0mahan”

“Sebenarnya ini bukan t0mahan tetapi cerita sebenar, sepatutnya pihak P0lis hubungi saya ucap terima kasih dan hantar bunga sebab saya hantar maklumat, tetapi ia tidak jadi begitu. Benda ini bukan baru, sudah lama isu mesin jvdi ini berlaku”

“Saya rasa semua orang tahu karekter kedai mesin jvdi ini macam mana, bagaimana P0lis boleh tidak tahu? Bukan setakat ada tiga atau empat kedai, tetapi ada banyak lagi. Ini baru di Bandar Baru Sungai Buloh, belum di tempat lain lagi”, katanya ketika ditemubual tadi.

Semalam tular satu video melalui laman s0sial fb yang mendakwa permis perjvdian dan aktiviti hram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Lelaki itu bertindak sedemikian selepas tidak berpvas hati apabila beberapa gerai menjual burgernya disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan beberapa kedai hram milik warga asing dan kedai perjvdian dibiar beroperasi tanpa tindakan.

Dalam pada tu Mohd Asri berkata, aduannya berhubung jvdi haram telah dibuat beberapa kali, malah beliau pernah membuat laporan sehingga ke Bukit Aman tetapi tindakan susulan diambil sangat mengecewakan.

“Masa PKP kedai-kedai kudi ini masih beroperasi sampai pukul 2 hingga 3 pagi, saya ada bukti dan kemudian saya buat aduan pada Bukit Aman dan mereka minta saya pergi ke Bahagian Perjvdian. Kemudian saya turut menyerahkan bukti dalam bentuk rakaman video dan sebagainya. Maknanya saya telah mengunakan saluran peringkat tertinggi negara”

“Tapi apa jadi akhirnya? kedai ini hanya ditutup selama dua hari sahaja, lepas itu ia dibuka semula. Saya hendak mengadu kepada siapa lagi? Kemudian saya pergi pula ke bahagian intergriti PDRM iaitu pihak yang paling tinggi yang boleh membantu kita, saya buat laporan dan hantar video”

“Tahu apa berlaku selepas itu? Selepas itu pekerja saya dipanggil oleh seorang tauke kedai jvdi dan bertanya kenapa awak punya bos complain pasal kita punya bisnes. Persoalannya macam mana tauke ini boleh tahu?”, ujarnya.

Mohd Asri berkata kejadian tersebut tidak berakhir begitu sahaja, sebaliknya beliau seakan dicabar apabila tauke jvdi tersebut menambah dua lagi cawangan yang betul-betul terletak disebelah kedainya.

“Tindakan ini seolah-olah mencabar saya, tetapi apa boleh buat”, katanya bernada kecewa.

RAKAMAN EKSKLUSIF – "Saya terancam"

TEMUBUAL EKSKLUSIF"Saya terancam" – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh.

Posted by Malakat Tribune on Sunday, 9 August 2020

Mengulas mengenai dakwaan MBSA bahawa tindakan menyita kedainya diambil setelah arahan diberi sebelum ini, Mohd Asri berkata, perkara tersebut bukan isu utama, sebaliknya mengapa tindakan sama tidak diambil terhadap kedai lain terutamanya milik warga asing.

“Sebenarnya saya tidak berkecil hati sebab sepanjang 20 tahun meniaga, saya telah lalui perkara ini banyak kali, cuma perkara ini berlaku ketika PKP yang mana kita semua susah dan hanya mahu mencari sediikit rezeki”

“Ketika itu saya hairan, kedai milik warga asing yang terletak 50 meter dari kedai saya tidak diambil tindakan sedangkan mereka memasang khemah kekal dan bersimen dan turut menjual r0k0k sludup”

“Semua orang tahu perkara ini, kenapa tiada tindakan diambil? Dengan kami mereka datang macam smseng siap jerkah tetapi kedai Acheh dan kedai jvdi mereka tidak ambil tindakan langsung”, katanya.

Tambah Mohd Asri lagi, kini beliau hanya mempunyai IGP sahaja dan beberapa NGO dan peguam yang sudi membantunya. Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum dihubungi oleh IPD Sungai Buloh lagi.

Dalam pada itu seorang pemilik akaun fb bernama Azlan Zambry yang mendakwa sebagai penduduk disitu tampil mengesahkan memang wujud kedai judi di kawasan tersebut dan apa yang dilaporkan oleh Mohd Asri benar-benar berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *