Muka Pailang Tapi Bawa Kucing Masa Hantar Makanan, Pemuda Rider GrabF00d Ini Jadi Usikan Pelayar Internet

Keinginan seorang wanita untuk menikmati pisang goreng cheese selepas makan malam membawa kepada satu kejutan menerusi khidmat penghantaran pesanan.

Kisah yang dikongsikan oleh Nadia di laman twitter itu bermula apabila beliau merasa hairan bila melihat tempat menyimpan barang penghantar makanan tersebut kelihatan lebih besar apabila dilihat dari jauh.

Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu rupa-rupanya terdapat sebuah sangkar kucing yang diletakkan berasingan bersebelahan dengan tempat menyimpan makanan.

“Ada sebuah sangkar kucing atas tempat duduk motosikal rider tu. Ada dua ekor kucing dalam sangkar, comel sangat. Kebetulan saya juga suka bela kucing”.

“Tapi memang tak sangka sebab kalau tengok muka abang rider tu mcm g4ngster tapi seorang yang penyayang haiwan”, kata Nadia yang turut memaklumkan dia ada membela tiga ekor kucing dirumah.

“Saya tanya juga kepada abang rider tu, kenapa bawa kucing, katanya saja bawak jalan-jalan”, kata Nadia lagi.

Sementara itu rider tersebut berjaya dihubungi dan dikenali dengan nama panggilan B0tak, 23 tahun. Beliau memberitahu dia baru membela dua ekor kucing betina yang dipanggil sebagai lulu dan lili sejak April lalu.

“Sebenarnya sejak sekolah lagi saya minat membela kucing tetapi keluarga tidak berapa setuju kerana faktor bau dan memerlukan penjagaan yang rapi”

“Akhirnya dapat juga saya bela kucing di rumah, tetapi sangkar tu saya letak dalam bilik tidur saya. Makan minum kucing ni semua saya yang jaga”, ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Menurut B0tak lagi, beliau telah membawa kucingnya itu menemaninya semasa bertugas sejak dua minggu yang lalu tetapi hanya disekitar Kuala Lumpur sahaja.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun menjelaskan tidak timbul isu kebersihan kerana kedua-dua bekas makanan dan sangkar kucingnya diletak berasingan dan dalam keadaan tertutup.

Saya juga bawak paip getah untuk singgah dimana-mana stesyen minyak untuk bersihkan sangkar jika ada kucing-kucing saya buang air.

“Sebelum saya ambil makanan dan hantar pesanan kepada pelanggan, saya akan pastikan segala-galanya bersih dan tiada bau n4jis. Tambahan pula makanan dihantar siap sudah dibungkus”, katanya yang turut membawa makanan dan bekas air untuk kucing-kucingnya.

Mengakui masih bujang, B0tak Grabf00d yang berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak akhir tahun lalu berkata kucing-kucingnya menjadi peneman sepanjang beliau bertugas menghantar makanan sejak pukul 9 am setiap hari.

“Bila dah keseorangan, kenalah cari peneman dan Lulu dan Lili menjadi peneman saya buat masa ini”, katanya yang belum lagi bercadang untuk mencari teman wanita kerana ingin fokus kepada kerja terlebih dahulu.

“Pasal kucing ni memang kawan-kawan ada mengusik, kata mereka saya ni muka g4nas, b0tak dan bermisai tapi bela kucing. Pada saya tak ada masalah pun kalau muka ganas tapi sayang kucing”, katanya sebelum menamatkan perbualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *