Ikuti Sidang Belia Secara Maya, Gambar Latar Tun Undang Rasa Kurng Senang WargaMaya

Ramai yang sedia maklum dengan kewujudan ParIimen Belia di Malaysia. Ia merupakan inisiatif Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira lima tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Bagi tahun ini persidangannya mempunyai sedikit kelainan apabila ia disidangkan secara dalam talian ekoran norma baru yang tidak menggalakkan mereka bersidang seperti biasa sebelum ini.

Digelar “ParIimen Digital” ia adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang2 atau dasar melalui satu platform khas.

Persidangan kali ini turut mendapat perhatian daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau turut dikesan memuatnaik entri berkaitan perkara itu di laman s0sialnya.

“Saya mengikuti perbahasan di fb ParIimen Digital dan kagum melihat inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif.

Ini membuktikan bahawa dalam apa juga suasana termasuk ketika berhadapan dengan situasi cv19, sidang ParIimen boleh diadakan melalui platform digital dengan kaedah tele-conference tanpa perlu hadir di dwn rkyt.

Saya fikir ParIimen Digital mampu membuka peluang kepada anak muda berpidat0 dan berinteraksi secara sihat selain mengenal pasti pemimpin muda yang mempunyai bakat menjadi pemimpin.

Tahniah dan selamat maju jaya” katanya melalui satu entri yang dikemaskini 5 jam yang lalu.

Entri tersebut juga disertai dengan sebuah gambar yang memaparkan Tun sedang mengikuti persidangan itu secara live dalam talian.

Namun apa yang lebih menarik minat wargamaya adalah latarbelakang gambar tersebut yang terlihat dua gadng yang dipercayai berasal dari gajah.

Ramai yang dilihat kurang senang dengan tindakan Tun itu meninggalkan k0men seolah meng3cam tindakan Tun yang mempunyai k0leksi tersebut.

Menurut wargamaya, kepupsn gjah sejak akhir-akhir ini banyak didorong oleh perbuatan pembvru hrm dan lebih malang lagi ia tidak dapat dihentikan apabila ia masih mendapat permintaan daripada orang ramai menyebabkan aktiviti ini masih berleluasa.

Ada juga yang meninggalkan komen agar pihak Perhilitan segera meny1asat gadng di rumah Tun bagi membuktikan kesahihannya.

Walau apapun diharapkan ia hanyalah replika sahaja dan bukan gading sebenar. Rata-rata wargamaya juga berharap agar Tun dapat memberi penjelasan berkaitan hiasan tersebut di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *