Dulu Masa Lahir Nak Be|i Pampers Pun Tak Mampu, Kini Ust Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Lahir Anaknya

Rasa macam tak sedar masa berlalu

Demikian kata pendakwah terkenal Ust Ebit Lew semperna ulang tahun kelahiran ke 11 anak perempuan sulungnya baru baru ini.

Ust Ebit sebelum ini berkongsi sekeping gambar bersama anak perempuannya itu di laman sosial sehingga mendapat ribuan tanda suka dari peminat.

Seperti biasa, ust yang terkenal kerana sikap dermawannya itu membuat nurkilan di laman sosial sehingga mengundang rasa sebak para pembaca.

“Selamat hari lahir Airis Safiyyah Lew 27 Jun.. Tak sedar masa berlalu. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku.

Bidadariku sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. I love u anakku.

Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu.

Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah bidadariku dan jagalah anak-anakku semuanya..” tulisnya

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani ruangan komen dengan pelbagai ucapan buat Ebit dan anaknya.

“Selamat hari lahir buat anakanda ustaz Airis Safiyyah Lew. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Selain itu, ramai yang turut mengirimkan doa buat Ebit sekeluarga dan berharap mereka terus diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.

“Selamat ulang tahun. Semoga ulang tahun mu kali ini banyak membawa berkat kepada keluargamu dan semoga perjalanan ayahmu sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah.

Selain nukilan dan foto di Facebook, Ebit turut berkongsi video kejutan yang dibuat untuk anaknya menerusi Instagram.

Selain ruangan kediaman yang dihias indah dengan belon dan riben, anak sulungnya turut kelihatan gembira memeluk Ebit dalam video itu.

HB

Posted by ApeAjer on Saturday, 27 June 2020

Malah, anak sulungnya itu turut kelihatan memegang sebuah telefon pintar iPhone, dipercayai hadiah pemberian bapanya.

Ia sehingga kini sudah menerima sejuta tontonan sejak dimuat naik pada tengah malam Jumaat.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *