Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

Zaman sekarang agak sukar untuk kita mencari persekitaran yang belum tercemar walaupun di kawasan pendalaman atau kampung.

Oleh kerana kerancakan aktiviti membangunan, kebanyakan kawasan telah diteroka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar berlaku.

Namun lain pula ceritanya apabila kisah air sungai kesang yang kini bertukar menjadi kebiru-biruan sehingga menarik minat orang ramai untuk mengunjunginya.

Oleh itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan Sungai Kesang, yang tvlar dengan persekitaran tenang dan jernih, sebagai lokasi ‘pesta’ mandi-manda kerana dikhuatiri boleh meng4ncam ny4wa mereka.

Pengarah Perhilitan Melaka Mohd Hasdi Husin berkata ini kerana Sungai Kesang telah diisytiharkan sebagai habitat buaya sejak 2018.

Beliau berkata untuk makluman orang ramai dan berdasarkan pemerhatian Perhilitan, dua hingga tiga ekor buaya tembaga dewasa atau nama saintifiknya Crocodylus Porosus, dipercayai ada di sepanjang Sungai Kesang itu.

“Jangan mandi-manda, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini akibat menganggu habitat reptilia pem4ngsa itu. Papan tanda am4ran ada buaya juga telah dipasang di lokasi sungai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Sungai Kesang di sini, pada Isnin.

Gambar atas : Orang ramai masih menendahkan tanda amaran

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka telah memaklumkan kepada Perhilitan bahawa Sungai Kesang menjadi jernih kebiruan ketika laut pasang dipercayai disebabkan tiada aktiviti pembukaan tanah dan pertanian di hulu sungai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.

Jernihnya air..

Posted by ApeAjer on Saturday, 20 June 2020

Mohd Hasdi berkata Perhilitan tidak akan mengganggu habitat reptilia pem4ngsa itu kecuali jika ada aduan atau berlaku ser4ngan terhadap orang awam.

Sungai Kesang, yang menjadi ‘garis sempadan’ antara Jasin, Melaka dan Tangkak, Johor, tvlar di media sosial baru-baru ini berikutan warnanya menjadi jernih kehijauan sehingga menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri ini untuk datang ke sungai itu mengambil gambar kenang-kenangan sambil bermandi-manda.

Kisah kejernihan air sungai Kesang itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media s0sial. Rata-rata begitu teruja untuk berkelah dan bermandi manda disungai tersebut namun tidak berani meneruskan hajat apabila mengetahui ia menjadi habitat sang bedal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *