Dikatakan Mengambil Mata Ganjaran Tanpa Kebenaran, Pekerja Kaunter Pam Minyak Ini Terima Pelbagai Reaksi Wargamaya

Setiap kali mengisi minyak di Petr0nas, aku tak pernah lupa swipe kad Mesra. Jika tidak, rasa tak lengkap pula. Pernah ada sekali lupa bawa, sanggup aku balik semula ke rumah untuk ambil kad Mesra (dengan syarat minyak dalam tangki masih cukuplah).

Kelebihan kad Mesra sekarang, mata ganjaran akan digandakan sebanyak 3x untuk setiap liter minyak petrol atau diesel. Setiap 100 mata ganjaran pula bernilai RM1 yang boleh ditebus di lebih 1000 stesen Petronas seluruh negara.

Aku pula memang tak pernah tebus mata ganjaran sehinggalah mata ganjaran kad Mesra milik aku mencecah 11k lebih. Maknanya ada tunai RM100 lebih yang boleh ditebus. Perlu diingat, sebahagian mata ganjaran akan luput setiap 3 tahun (atau setiap 6 bulan jika tiada transaksi aktif selama 6 bulan berturut-turut). Jadi kira ada banyak jugalah mata ganjaran kad Mesra aku yang telah lebur sebelum ini.

Nak tebus mudah saja, tunjuk je kad Mesra pada kaunter stesen Petr0nas dan cakap nak tebus mata ganjaran. Nanti dia akan check jumlah mata ganjaran yang ada. Aku masa ke Bidor hujung minggu lepas tebus mata ganjaran untuk beli minuman dan jajan anak-anak. Since masih ada lebihan, guna untuk isi minyak juga, pun masih ada lagi lebihan sekitar RM40++

Selamat duit dalam poket, lebih-lebih lagi tengah bulan dompet penuh dengan duit kecil !

Jadi kepada yang memiliki kad Mesra Petr0nas tapi tak pernah tebus mata ganjaran, cepat-cepatlah berbuat demikian. Rvgi kalau mata ganjaran luput begitu sahaja. Nilainya mungkin kecil, tapi duit tetap duit.

Tapi lain pulak ceritanya yang aku tengok satu status kat page komuniti. Dikatakan seorang pekerja wanita di stesyen minyak Petr0nas mengambil p0int pelanggn tanpa kebenaran.

Kisah yang di bangkitkan oleh seorang pemuda yg dikenali dengan nama Idzham Beleza ini telah dimuat naik di laman komuniti banting selangor.

Katanya ketika mengisi minyak full tank, beliau kembali ke kaunter untuk mengambil baki wangnya tapi tidak diberi resit. Bila diminta resit, beliau lihat ada transaksi mengambil p0int daripada pemb3lian minyaknya.

Beliau kemudiannya bertanyakan perihal tersebut kepada pekerja wanita tersebut :

Pelanggan: siapa punya kad mesra awk swipe ni?
Ppuan petronas : kad saya
Pelanggan : kenapa swipe kad awk?
Ppuan Petronas : kenapa? Tak boleh ke?
Pelanggan : saya tak bg. Kalau mcm ni, awk TAK AMANAH dengan kerja awk

“Kalau sorg kau dpt 30 p0int, katakan 1 hari 100 org kau dah dpt 3000 p0int. Senang keja kau”

“Mintak la izin dulu wei. Ni minta maaf pun TAK”, kata pelanggan tersebut.

Entri yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi dari pelayar media s0sial. Rata-rata memberi pandangan yang seimbang sama ada memberi sahaja dengan ikhlas dengan amanah mengambil hak orang lain.

“Atas pendirian mngsa nak halal ke tidak. Tapi bila terjadinya mcm ni si pelaku harus meminta izin kpd mngsa diizin atau tidak untuk mengambil p0int mngsa tersebut. Kita dah besar panjang takkan la benda basic mcm ni kita tak tahu..klu tak tahu bertanya, klu tak pandai cari ilmu. Benda simple mcm ni la kebanyakkan dijadikan satu dsa dan fitnh. Kita hidup dizaman fitnh mcm2 boleh berlaku sengaja atau tidak sengaja. Terima kasih”, kata Kim Cu Ling.

“aku ingt petr0nas buh air kat dia.. p0int tu halalkan aje.. dalam 10 org awak yg berkira beno.. hidup ni jgn bakhil sangat.. dibuatnya ko beg duit hilang ke pastu nak boh minyak x da duit.. nasib ada perkerja petr0nas tu ada kad ada p0int untung awak dia boleh tol0ng.. x pun dia boleh t0long org lain.. yang kita ada kat tangan ni bukan lah hak milik kita.. yang kita sedekah tu la sebenar hak milik kita”, tulis Mekju Yayapiyaali pula.

“Kalau halalkan je kan mudah. Pilihan di tangan sendiri. Rasa hadap sangat point tu pergilah register kad sendiri. Allahu”, tambah Muhammad Farhan.

Kalau anda pada situasi tersebut macam mana pula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *