Bersemut Teruk, Kekasih T0long Remove Makeup Masa Tertidur Buat Ramai Gadis Me|ting

Setiap individu pastinya mempunyai cara mereka tersendiri untuk membahagiakan orang yang tersayang. Perlu diingatkan, untuk membahagiakan seseorang, tidak semestinya memerlukan harta, wang dan kebendaan untuk membuatkan mereka tersenyum girang.

Kadang-kala dengan hanya sebuah usaha yang kecil, mampu membuatkan kesayangan menghargainya sampai bila-bila.

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah manis percintaannya apabila teman lelaki dia tolong menanggalkan solekan di wajahnya semasa gadis berkenaan tertidur kepenatan.

Bersemut terok ni

Posted by ApeAjer on Wednesday, 15 July 2020

Video ringkas yang berdurasi 7 saat itu memaparkan teman lelakinya menelek wajah dan menanggalkan solekan lalu mengucup dahi gadis berkenaan.

Sudah tentunya paparan ini mendapat pelbagai pandangan dan juga kr1tikan terhadapnya. Malah, ada yang mengatakan bahawa ini hanyalah sekadar lakonan sahaja demi meraih perhatian umum sahaja.

Ada juga yang mempertikaikan hubungan mereka apabila si lelaki mempunyai akses ke bilik teman wanitanya sehingga menimbulkan pertanyaan wargamaya.

Video ini menerima sebanyak 397,200 tontonan serta lebih 4,300  ulang kicau dan 10,200 tanda suka dari kalangan pengguna Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *